Monday 22 October 2012

WUDUK YANG SEMPURNA MENGHAPUSKAN DOSA-DOSA



Pengambilan wuduk yang sempurna bukan sahaja menjamin diterimanya solat tetapi ianya juga dapat menghapuskan dosa-dosa selagi tidak melakukan kesyirikan. Rasulullah bersabda:
"Dari Abu Hurairah radiallahu 'anhu berkata: Telah bersabda Rasulullah saw:
“ Apabila seseorang hamba muslim atau mukmin berwuduk maka setelah ia membasuh wajahnya, keluarlah dari wajahnya segala dosa yang telah dilihat oleh kedua matanya melalui air atau bersama titisan air yang terakhir. Ketika membasuh kedua tangannya keluarlah dari kedua tangannya setiap dosa yang telah dilakukan oleh kedua tangannya bersama air atau bersama titisan air yang terakhir. Sewaktu ia membasuh kedua belah kakinya, keluarlah dari kedua kakinya setiap dosa yang dilangkah oleh kedua kakinya bersama air atau bersama air terakhir sehinggalah setelah ia selesai berwuduk ia bersih dari dosa-dosanya".
Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Bersabda Rasulullah s.a.w.: Luas telaga ku pada hari kiamat lebih dari jarak Ailah1) dan ˜Adan' airnya lebih jernih dari salju, lebih manis dari madu bercampur susu, bejana-bejananya lebih baik dari bintang di langit; Aku melarang umat selain umat ku yang akan datang minum di situ, sebagaimana seorang yang menjaga unta-unta orang lain yang akan minum dari telaganya; Ditanya Rasulullah s.a.w.: Dapatkah tuan mengenal kami ketika itu? Jawab Rasulullah s.a.w.: Ya, ialah dengan bekas wuduk yang gilang-gemilang di muka mu sebagai tanda yang diistimewakan dari umat-umat yang lain.

Huraian Hadith: 
Allah SWT berfirman yang maksudnya: Pada hari ketika kamu melihat orang Mukmin laki-laki dan perempuan, sedang cahaya mereka bersinar di hadapan dan di sebelah kanan mereka, (dikatakan kepada mereka): Pada hari ini ada berita gembira untukmu, iaitu syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai yang kamu kekal di dalamnya. Itulah keberuntungan yang banyak (al- Hadid:12). Sesungguhnya bekas-bekas basuhan air wudhu' di wajah kita menjadi penyeri kepada wajah. Begitu juga setiap amal soleh yang kita lakukan adalah penyeri kepada akhlak. Semua himpunan cahaya ini adalah lambang keserian iman yang akan menerangi hidup seseorang di dunia dan akhirat. Syurga indah sedia menanti mereka di sana. Maka alangkah ruginya jika kita terkecuali daripada golongan yang disebutkan oleh Rasulullah s.a.w di dalam hadis di atas. Namun manusia lazimnya selalu leka dalam mengejar nikmat dunia yang sementara di hadapan mata mereka berbanding nikmat akhirat yang indah dan kekal abadi. Sesungguhnya janji Allah SWT tetap benar dan hanya orang yang sabar sahaja akan dapat mengecap nikmat kebahagiaan yang dijanjikan-Nya itu.

Tuesday 16 October 2012

IBADAH HAJI





Dari Abu Hurairah ra, dia berkata, Rasulullah berkhutbah kepada kami dan beliau bersabda, 'Wahai manusia, Allah telah mewajibkan ibadah haji ke atas kamu, maka berhajilah.' Seorang berkata, 'Wahai Rasulullah, apakah setiap tahun ?' Maka beliau diam sampai orang itu mengajukan pertanyaannya tiga kali. Maka Rasulullah saw. bersabda, 'Jika saya mengatakan 'ya' bererti menjadi wajib, dan kalian tidak akan sanggup melakukannya.' Kemudian baginda bersabda, 'Laksanakanlah apa yang telah diperintahkan kepada kamu. Sesungguhnya binasanya orang-orang sebelum kamu ialah kerana mereka banyak bertanya kepada nabinya. Apabila aku menyuruh kamu melakukan sesuatu, maka kerjakanlah semampu kamu dan jika aku melarang kamu melakukan sesuatu, maka tinggalkanlah ia'" (HR Muslim)

Rasulullah saw. bersabda, “Sesiapa ingin melaksanakan haji, hendaklah segera dilakukan, kerana terkadang seorang itu akan sakit, binatang kendaraannya hilang dan ada suatu perkara yang menghalang.” (HR. Ibnu Majah dalam Shahih Ibnu Majah, no. 2331)

Dari Ibnu Abbas, dia berkata bahwa Rasulullah saw. bersabda, "Bersegeralah melakukan haji (iaitu haji yang fardhu) kerana kamu tidak tahu apa yang akan menimpa diri kamu pada masa akan datang." (HR Ahmad)




HAJI IFRAD
Iaitu mengerjakan haji sahaja manakala umrah dilakukan dilain masa bukan dalam bulan haji.Cara ini adalah yang paling Afdhal


HAJI TAMATTUK
Iaitu melakukan umrah dalam bulan haji,kemudian berniat mengerjakan haji.Cara ini dikenakan dam

HAJI QIRAN
Iaitu mengerjakan haji dan umrah serentak dengan berniat ihram keduaduanya sekali gus.Cara ini juga dikenakan dam



RUKUN HAJI

Setiap rukun haji di bawah mestilah dilakukan jika tidak haji seseorang itu tidak sah

  • NIAT IHRAM RUKUN HAJI WAJIB HAJI
Hendaklah dilakukan setelah memakai pakaian ihram.Bermula dari 1 syawal hingga terbit fajar 10 Zulhijjah

  • WUKUF DI PADANG ARAFAH
Berhenti sekejap di Pdg. Arafah bermula dari gelincir matahari(selepas waktu zuhor) hari ke 9 Zulhijjah hingga terbit fajar hari ke
10 Zulhijjah . Afdhal dilakukan separUh hari ke 9 dan separuh hari ke 10 Zulhijjah.

  • TAWAF
Jenis-jenis Tawaf

    • Tawaf Ifadah (Rukun)

                    Dilakukan pada bila-bila masa ketika menunaikan Ibadah haji.

    • Tawaf Qudum

                    Tawaf selamat datang Tawaf Sunat Dilakukan bila-bila masa semasa Mengerjakan haji.

    • Tawaf widak

                    Tawaf selamat tinggal bagi mengakhiri ibadah haji.
  • SAIE
Berjalan ulang-alik dari utara Bukit Safa dan Bukir Marwah

Syarat-syarat :
a. Niat melakukan saie
b. Dilakukan selepas tawaf qudumatau ifadah dan hendaklah sampai dipenghujung kedua-dua bukit Sebanyak 7 kali yang dikira dari bukit safa kebukit marwah sekali dan dari marwah ke safa sekali.Berjalan ditempat yang telah ditetapkan iaitu Batn AlWadi

  • TAHALLUL ( bercukur )
Tahallul terbahagi kepada 2
1. Tahallul Awal - Setalah 2/3 daripada Ibadat Haji terlaksana iaitu melontar jamrah aqabah taw af ifadah dan saie serta bercukur.Setelah selesai jemaah haji boleh melakukan perkara-perkara yang diharamkan ketika dalamihram melainkan 3 perkara :-
a) Menjadi wali,berkahwin atau wakil kahwin.
b) Bercumbu
c) Jimak atau bersetubuh

2. Tahallul Akhir - ( Thani ) Selesai setelah terlaksanan semua perkara diatas.Masa melakukan tahallul ialah selaepas separoh malampada malam10 Zulhijjah. Atau Menghalalkan serta melepaskan diri daripada ihramHaji atau Umrah serta larangan-larangan ketika berihram
  • TERTIB

WAJIB HAJI 

1. NIAT IHRAM DI MIQAD
Miqad ertinya ketentuan mas dan tempat untuk berniat ihram haji dan umrah.Ia terbahagi kepada dua iaitu

a) Miqad Zamani ( Ketentuan Masa )
Haji - Mulai dari bulan syawal,zulkaedah dan sehingga 10 zulhijjah
Umrah - Bila-bila masa sepanjang tahun

b) miqad Makani ( Ketentuan tempat )

Haji :-
1. Yalamlam- bagi penduduk Yaman, India dan timur
2. Dzulhulaifah - bagi penduduk madinah
3. Qarnul-Manazil - bagi penduduk Najd dan Kuw ait
4. Zat Al Irqil - bagi penduduk Iraq
5. Penduduk Mekah pila Miqad mereka ialah rumah mereka sendiri.
Umrah - Miqad Makani bagi umrah ialah diTanah Halal samada diJakrafah,Tan`in atau Hudaibiyah

2. MELONTAR JAMRAH AQABAH
Pada 10 zulhijjah

3. BERMALAM DI MUZDALIFAH
Antara separoh malam10 zulhijjah hingga terbit fajar

4. BERMALAM DI MINA
Pada malamhari tasyrik iaitu pada 11, 12, dan 13 zulhijjah

5. MELONTAR KETIGA-TIGA JAMRAH
Pada hari tasyrik iaitu jamrah Ula, Jamrah Aqabah dan Jamrah Wusta

6. Tidak melakukan perkara-perkara yang haram semasa dalam ihram

Monday 15 October 2012

RUKUN ISLAM




Rukun Islam itu ialah,

1. Mengucap dua kalimah syahadah.
'Aku bersaksi tiada Tuhan yang di sembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad pesuruh-Nya'. Pengertian syahadah ialah mengabdikan diri, hati serta pengakuan lidah bahawa tiada Tuhan yang Maha Esa melainkan Allah dan Nabi Muhammad adalah rasul-Nya.

2. Mengerjakan solat lima waktu sehari semalam.
Dengan mengerjakan solat kita telah menyerahkan seluruh jiwa raga meyembah Tuhan yang Esa di mulai lidah yang berzikir, tangan yang bergerak, mata, telinga dan fikiran yang berpusat dengan susunan rukun solat seperti yang diajarkan oleh Rasulullah.

3. Berpuasa di bulan Ramadhan.
Dengan berpuasa kita telah mengekang hawa nafsu serta segala keinginan terhadap makanan, minuman dan menjauhi semua larangan semata-mata kerana Allah untuk meningkatkan ketaqwaan kepada-Nya.

4. Mengeluarkan zakat.
Dengan mengeluarkan zakat kita telah menyerahkan sebahagian dari harta tersebut kepada mereka yang berhak menerimanya.

5. Menunaikan haji di Mekah.
Dengan menunaikan haji, kita telah melengkapkan diri sebagai seorang muslim. Segala kesusahan, dugaan dan cabaran yang ditempoh dengan rela hati dan sabar semuanya semata-mata kerana Allah.

Friday 12 October 2012

BACAAN UNTUK MENOLAK GANGGUAN SYAITAN





Maksudnya:

Aku berlindung dengan kalimat Allah yang sempurna, yang tidak boleh ditembusi oleh orang yang baik dan yang jahat, dari kejahatan semua makhluk, dari kejahatan semua yang turun dari langit dan yang naik kepadanya, dari kejahatan semua yang tumbuh di dalam bumi dan yang keluar daripadanya, dari kejahatan fitnah yang berlaku di waktu malam dan siang dan dari kejahatan yang datang (pada waktu malam) kecuali dengan tujuan baik, wahai Tuhan yang Maha Pengasih.


sumber: http://doaharian.blogspot.com/2007/03/bacaan-untuk-menolak-gangguan-syaitan.html

Thursday 11 October 2012

Mari Mengenal Alif Ba Ta...


Kaedah cepat mengenal huruf ialah dengan menyebutnya berulang kali. Lagu ini diharapkan dapat memberikan impak kepada anak-anak yang mendengarnya. 


Wednesday 3 October 2012

MARI BELAJAR SOLAT

DISINI SAYA BERIKAN SERBA SEDIKIT PANDUAN MENGERJAKAN SOLAT. DIHARAPKAN IANYA DAPAT MEMBANTU SEDIKIT SEBANYAK AMALAN IBADAH KITA.

Tuesday 2 October 2012

ASSALAMUALAIKUM.... PEMBUKA BICARA




Assalamualaikum diucapkan pada semua. Blog ini dibangunkan untuk menyebarkan ilmu yang berkaitan matapelajaran Pendidikan Islam sekolah rendah. Diharapkan segala info yang dimuatkan dalam blog ini dapat dikongsi bersama sebagai panduan kita semua. 
CELIK HATI TERANG MINDA.